Thursday, May 17, 2012

My Birthday and Mother's Day Giveaway



Senarai Sponsor;



Hahhh, tertarik kan? :D

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.

*hormatilah ibu kita! :D



Ceramah yg sangat menyentuh hati....I cried :')



Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untnk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih.

# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...

# Jagalah ibubapa anda dan balaslah jasa mereka degan kebaikan...


Mak saya ibarat pemadam, sentiasa menyayangi saya! :') [ Seperti kata-kata renungan di atas. ]




Senyuman utk mak !! ;)

Hadiah yg paling berharga utk ma kita! :

1.. Hadiah Tanda Kasih: Memberikan pelukan, ciuman dan pegangan tangan tanpa rasa malu.

2. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Kakak Sayang Mak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi.

3. Hadiah Kegembiraan: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun / artikel / video JOZAN. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Solat 5 waktu, tingkahlaku yang baik. Supaya ibu sentiasa gembira dan tidak susah hati ^_^

4. Hadiah Puji-Pujian: “Masakan ma paling sedap di seluruh planet dan universe!” “

5. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah,

6.Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan ibu.

* Mak, saya syg mak always, forever and until-when-when!! :D Maafkan saya sebab selalu sepahkan barang, suka bertangguh kerja. Huaaaaaaaa. Saya tak mungkin hidup tanpa mak! :')

See Also: Saya tertarik dgn entry ini: Hadiah Hari Jadi Yang Terbaik Dari-Nya :')

2 comments:

ezzamalik said...

tahniah awak menang !
entri awak memang kreatif

http://ezzathepolkadots.blogspot.com/2012/06/pemenang-my-birthday-and-mothers-day_29.html

Farra Izzaty said...

jemput join ! :) hadiah owesome :>
>>http://faralalalala.blogspot.com/2012/07/quraistory-1st-giveaway.html